Home Berita PAS Sabah

Murid istimewa (Mild Autism) antara penerima sijil tamat PASTI

25
SHARE

Nur Fatin Zulaikha
05 Februari 2024

Kinabatangan: Majlis Anugerah Prestasi PASTI & SRITI Kinabatangan telah diadakan serentak di Dewan Lantana, Sk Bukit Garam 2 pada 3hb Februari.

Program ini bertujuan bagi meraikan kejayaan dan kecemerlangan murid PASTI, SRITI dan Mini Tahfiz.

Selain itu, seramai 60 orang murid 6 tahun dari 7 buah PASTI telah menerima Sijil Penghargaan Tamat Sekolah.

Seorang murid istimewa (Mild Autism) iaitu adik Mohamad Fadzlan antara penerima Sijil Tamat Sekolah.

Walaupun adik Fadzlan jarang ke sekolah disebabkan faktor kesihatan, dia berjaya menamatkan persekolahan sehingga ke 6 tahun.

“Perkembangan terbesar yang saya nampak ialah Fadzlan boleh mendengar arahan ringkas dan meniru gerakan solat apabila dia melihat kawan-kawan yang lain sedang solat,” ucap Ustazah Nazuwa yang merupakan guru kelas.

Adik Fadzlan turut menerima Anugerah Celik Cerdas dan terlibat dalam Sukaneka PASTI Kawasan iaitu perbarisan kawad kaki. Ibubapanya terharu dan mengucapkan terima kasih kerana sudi menerima dan mengajar Fadzlan.

Bukan sahaja murid yang diraikan, semua guru PASTI dan SRITI serta Mini Tahfiz Kinabatangan turut menerima penghargaan dalam majlis tersebut.