Home Artikel PAS Perlis

Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden Bakar Semangat Hadapi PRU14

792
SHARE

 

KANGAR : Dewan Utama Kompleks PAS Perlis (KOMPAS) sesak dengan peserta yang memenuhinya sejak awal pagi lagi, bagi mengikuti program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden pada 15 Julai 2017 yang lalu.

Sambutan yang sangat memberangsangkan ini menunjukkan betapa para pendukung serta penyokong PAS Perlis terus istiqamah dan sentiasa bersemangat khususnya bagi menghadapi PRU ke 14 nanti.

Meskipun tempat duduk yang disediakan telah penuh, namun ianya tidak menghalang para peserta yang hadir untuk memberikan tumpuan kepada pembentangan kertas kerja, walaupun dalam keadaan duduk di atas lantai. 

Program telah berlangsung pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang.

Dua orang pembentang telah dijemput iaitu  Naib Presiden PAS, YB Dato’ Ir Iskandar bin Abdul Samad dan Setiausaha Agung PAS, YB Dato’ Takiyuddin Hassan.

Antara pimpinan yang hadir termasuklah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hj. Hashim bin Jasin, Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Ustaz Ahmad Ali dan Persuruhjaya PAS Negeri Perlis, YB Cikgu Shukri bin Ramli.

Penganjuran program ini membolehkan para pendukung dan penyokong parti untuk mendapat penjelasan maksud Ucapan Dasar Presiden PAS yang telah dibentang dalam muktamar yang lalu, selain mendapat arahan-arahan terkini parti.

Selain daripada sesi pembentangan, para peserta turut diberi ruang menyampaikan soalan serta mendapatkan penjelasan berhubung isu-isu semasa.

{jathumbnail off}