Home Berita PAS Perak

Berita l Munajat Perdana Pertahan Kemenangan Islam

1303
SHARE

Oleh : Ez

BUKIT GANTANG: PAS Kawasan Bukit Gantang telah menganjurkan program Munajat Perdana peringkat Dun Trong pada 23 November di Pondok Darul Amilin , Permatang Raja,Trong.

Program dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah, jamuan, solat isya’ berjemaah, bacaan selawat tafrijiah dan solat hajat berserta doa munajat memohon kemenangan kepada PAS dalam pilihanraya akan datang khususnya kepada DUN Trong.

Tawjihad telah disampaikan oleh YDP PAS Bukit Gantang , Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman.

Program munajat ini bertujuan sebagai pengisian rohani kepada masyarakat terutamanya petugas-petugas agar mendapat kekuatan dan keyakinan bagi menghadapi pilihnaraya yang akan datang.

Ustaz Muhammad Faisal yang menyampaikan ucapan pada program itu menyeru jemaah yang hadir untuk meluruskan hati dalam perjuangan kerana hanya hati yang bersih sahaja mampu menewaskan musuh dan bukannya dengan senjata mahupun harta yang akan habis.

Beliau juga memuji semangat pengorbanan semua petugas walaupun sedar mereka tidak akan mendapat habuan duniawi, pangkat mahu pun harta.

“Kemenangan calon dalam pilihanraya ini bukanlan kemenangan calon mahupun PAS tetapi merupakan kemenangan Islam”, ujar beliau.