Home Berita PAS Perak

‘Munajat Hour’ seluruh Malaysia bantu kemenangan 6 negeri

169
SHARE

Oleh : NurAsilah Noor.

TELUK INTAN, 9 Julai : Muslimat Teluk Intan melalui Lajnah Tarbiah dan Perkaderan telah mengadakan program munajat sempena ‘Munajat Hour’ bertempat di Kompleks PAS Teluk Intan (KOMPASTI) Kampung Padang Tembak, di sini semalam.

Program yang bermula pada awal pagi cuti hujung minggu menggamit kehadiran hampir 50 orang Muslimat Jawatankuasa Cawangan (JMC) sekitar Teluk Intan.

‘Munajat Hour’ ini yang dilaksanakan serentak seluruh Malaysia adalah sebagai usaha memohon agar mendapat nusrah kemenangan kepada 6 buah negeri dalam Pilihanraya DUN tidak lama lagi.

“Gendang perang telah berbunyi maka bermula saat ini kita akan terus menghidupkan munajat harian berpandukan jadual agar Islam dapat bersinar di bumi Malaysia yang tercinta ini,” kata Naib Ketua Muslimat Teluk Intan merangkap Ketua Lajnah Tarbiah, Aseha Hanafi ketika menyampaikan ucapan pembukaannya.

Antara pengisian program yang dirancang adalah Solat Hajat, bacaan Surah Yasin serta Zikir Munajat yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Tarbiah Muslimat.

Usai program, para Muslimat yang mengenakan tema pakaian serba putih disajikan dengan juadah sarapan pagi sebelum program selesai pada hari tersebut.

Turut hadir, Ketua Muslimat, Robia’ton Mohd Abas, Setiausaha Muslimat, Aseha Hanafi serta ahli jawatankuasa yang lain.