Home Rencana PAS Selangor

Mulia dan hina di sisi Allah SWT – Naib YDP PAS Sepang

236
SHARE

May be an image of sky and text that says "MULIA DAN HINA DISISI ALLAH SWT USTYU UST YUSMI HANIFF"

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sepang

Oleh : Ustaz Yusmi Haniff Ariffin

Naib YDP PAS Sepang

Tafsir Surah al-Fajr,

فَأَمَّا الْإِنْسَانُ إِذَا مَا ابْتَلَاهُ رَبُّهُ فَأَكْرَمَهُ وَنَعَّمَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَكْرَمَنِ (15) وَأَمَّا إِذَا مَا ابْتَلَاهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَهَانَنِ (16)

Maksudnya : Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya, lalu dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia berkata, “Tuhanku telah memuliakanku.”(15) Adapun bila Tuhannya mengujinya, lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata, “Tuhanku menghinakanku.” (16)

Allah SWT mengingkari sifat manusia yang apabila Allah meluaskan baginya dalam hal rezeki untuk mengujinya melalui rezeki itu, maka ia menganggap bahawa hal itu merupakan kemuliaan dari Allah SWT untuk dirinya. Padahal kenyataanya tidaklah demikian, bahkan sebenarnya hal itu merupakan ujian bagi manusia, sebagaimana yang disebutkan di dalam firmanNya :

أَيَحْسَبُونَ أَنَّما نُمِدُّهُمْ بِهِ مِنْ مالٍ وَبَنِينَ نُسارِعُ لَهُمْ فِي الْخَيْراتِ بَلْ لَا يَشْعُرُونَ

Maksudnya : Apakah mereka mengira bahawa harta dan anak-anak yang Kami berikan kepada mereka itu (bererti bahawa) Kami bersegera memberikan kebaikan-kebaikan kepada mereka? Tidak, sebenarnya mereka tidak sedar. (Al-Mu’minun: 55-56)

Demikian pula sebaliknya Allah menguji dan mencubanya dengan kesempitan rezeki, dia mengira bahawa hal itu merupakan penghinaan dari Allah SWT kepadanya.

Dua keadaan manusia ini sebenarnya selalu berlaku dalam kehidupan manusia termasuk orang Islam.Berapa ramai dikalangan manusia yang megah dengan kehidupan dunia kerana harta dan pangkat kedudukan serta mulia di sisi manusia seperti Firaun,Namrud dan Qorun tetapi hakikatnya mereka hina di sisi Allah.Para Nabi dan Rasul kebiasaannya hidup dalam keadaan susah dan dihina oleh manusia tetapi sangat mulia di sisi Allah SWT.

Sepatutnya nikmat atau rezeki kurniaan Allah itu menjadikan kita lebih bersyukur dan menggunakan untuk tujuan mentaati Allah.Kemuliaan disisi Allah bukan diukur dengan kekayaan dan kesenangan tetapi ketaqwaan.

Manakala apabila kita ditimpa musibah serta kesusahan hendaklah kita bersabar dan redha atas ujianNya.Yakinlah setiap yang berlaku itu adalah ketentuan Allah dan terdapat hikmah yang besar.Justeru itu janganlah kita berburuk sangka dengan Allah SWT.

Rujukan : Tafsir Ibnu Kathir dan Tafsir al-Munir

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor