Home Berita PAS Terengganu

Muktamar Pusat : PAS tegaskan pendirian tidak kompromi isu integriti

189
SHARE

KUALA TERENGGANU, 6 November – PAS mengulangi penegasan parti itu untuk tidak berkompromi dengan sebarang isu melibatkan intergriti dengan menampilkan pendekatan politik jujur dan bersih dalam memulihkan negara.

Presidennya, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata tindakan itu telah dibuktikan melalui kerajaan negeri yang ditadbir PAS.

“PAS membuka pintu 24 jam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan sepenuhnya jika terdapat dakwaan.

“Mereka dibenarkan bertindak tanpa sebarang halangan terhadap semua Menteri Besar, Exco Kerajaan Negeri dan anggota kerajaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar dan merasmikan Muktamar Tahunan PAS di Duyung Marina Resort, di sini hari ini.

Menurut Abdul Hadi, mereka yang gagal dalam integriti, akan tenggelam dalam cabaran yang mengepung kehidupannya. dan dalam partinya sendiri serta berlaku krisis nilai diri.Tambah Abdul Hadi, PAS juga telah membuktikan integritinya

“Apakah faedahnya sekiranya pada awal lagi sudah mula berbohong kepada rakyat untuk mendapatkan sokongan majoriti.

“Berbohong itu sahaja sudah cukup untuk menjadi tanda hilangnya integriti, yang pasti mengundang semua perangai buruk yang
lain, termasuk menjadi kleptokrat.

“Kehilangan integriti pemimpin diikuti dengan kelemahan kerajaan dan penamatnya dengan kemusnahan negara,” tegasnya.