Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Muhamad Farhannaim
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang
Bulan RabiulAwwal bulan semarak cinta Rasulullah SAW. Baginda menjadi qudwah, idola dan ikon kepimpinan. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) akan bermuktamar pada 17 RabiulAwwal 1443H. Muktamar kali ke-55 ini melihatkan berlakunya pemilihan untuk mengemudi bahtera DPPNS meneruskan visi memperjuangkan Islam.
Islam amat menekankan keadilan, hikmah dan amanah dalam kepimpinan. Antara petikan hadis yang boleh diambil pengajaran yang diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Maka sekiranya hilang sifat amanah, tunggulah hari pembalasan.”
Abu Dzar berkata: “Bagaimanakah hilangnya sifat itu?”
Baginda bersabda: “Sekiranya tampuk kepimpinan jatuh kepada orang bukan ahlinya, maka tunggulah hari pembalasan.”
Apa pilihan kita diantara kelompok/puak/geng sendiri yang lemah dengan memilih orang yang bukan geng kita tetapi dia sememangnya qawiyul amin? Bagaimana kita memilih diantara pemimpin yang famous di media dengan kata-kata yang memukau dengan memilih pemimpin “walk the talk” yang tidak famous? Pilihan di tangan anda.
Perwakilan juga perlu mainkan peranan utama dalam memberi muhasabah kepada kepimpinan. Dalam masa yang sama, muhasabah itu perlu dikembalikan kepada diri selaku amilin yang melaksanakan arahan kepimpinan. Muhasabah ini sangat penting bagi DPPNS mengorak langkah dengan lebih baik pada sesi akan datang. Setiap kritikan dilontar untuk membina bukan meruntuh, menyatu bukan bergaduh. Berbahaslah dengan rasional bukan emosional.
Perwakilan mempunyai dua tanggungjawab dalam muktamar DPPNS kali ke-55 ini. Selamat bermuktamar para muktamirin. Semoga Allah menerima segala kerja buat kita sebagai amal soleh dan semoga Rasulullah SAW bangga dan kasih kepada kita yang terus menyambung mata rantai perjuangannya.
23 Oktober 2021 | 16 Rabiul Awal 1443H
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor