Home Berita PAS Pahang

MUKTAMAR PAS KE-70 / Ucapan terima kasih PAS Pahang.

63
SHARE

MUKTAMAR PAS KE 70
Ucapan terima kasih dari PAS Pahang.

Segala puji bagi Allah SWT, Rabb yang mentadbir sekelian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, juga ke atas keluarganya, para sahabatnya serta mereka yang beriman dan beramal soleh di sepanjang zaman.

Muktamar PAS ke 70 yang berlangsung di Kompleks Al Makmur Kerdau, Temerloh Pahang telahpun selesai dengan jayanya.

PAS Pahang merakamkan ucapan terima kasih kepada PAS Pusat dan seluruh pimpinan yang telah memberikan keyakinan dan amanah kepada PAS Pahang menjadi tuan rumah.

PAS Pahang juga mengucapkan terima kasih kepada pihak panitia muktamar, semua amilin yang telah berkerja untuk membuat persiapan sebelum muktamar sehingga selesai, Jabatan Amal, Keselamatan begitu juga agensi kerajaan seperti Polis, Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) dan juga kepada semua yang terlibat menjayakannya.

Terima kasih juga kepada semua pimpinan dan para muktamirin yang hadir ke Negeri Pahang Darul Makmur dan maaf dipohon di atas segala kelemahan dan kekurangan dari PAS Pahang.

Datang muktamar penuh semangat,                Saling berukhuwah jiwa diikat,                Datang ke Pahang diiringi rahmat,           Pulang pula meninggalkan berkat

“PAS TERAJU PAHANG”

Sekian terima kasih
YB Dato’ Ust Rosli Abdul Jabar
Pesuruhjaya PAS Pahang
dan seluruh AJK Badan Perhubungan PAS Pahang