Home Kenyataan Media PAS Sabah

Muktamar Ke 33 Pemuda PAS Sabah medan muhasabah menuju PRN

467
SHARE

Oleh : Muhammad Salman Darwis
29 Ogos 2020

SANDAKAN : Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) dijadualkan akan mengadakan Muktamar Kali Ke 33 esok di salah sebuah hotel terkemuka di daerah ini.

Pengarah Muktamar, Kamsah Othman ketika ditemui hari ini berkata medan tersebut akan digunakan sebaiknya oleh para perwakilan dari seluruh negeri sebagai medan muhasabah yang bertepatan dengan hampirnya PRN Sabah.

Katanya lagi, Ketua Pemuda Zulzaim Hilmee Abidin dijangka akan menyampaikan ucaptama yang bertajuk ‘Muafakat Menuju Kemenangan’ sebagai satu asas yang akan dijadikan panduan bagi Pemuda PAS meneruskan legasi sedia ada.

“Ini sekaligus akan merancakkan lagi sesi perbahasan para perwakilan yang dilihat amat penting lebih-lebih lagi dalam suasana sekarang yang dekat dengan PRN,” tambahnya.

Kamsah yang juga merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Libaran turut mengalu-alukan kehadiran para perwakilan dan pemerhati yang datang dari segenap pelusuk negeri ke daerah Sandakan.

“Saya mewakili tuan rumah amat berbedar hati atas kehadiran semua tetamu yang jauh dan jemput jalan-jalan di sekitar Sandakan selepas muktamar selesai,” katanya mengalu-alukan kehadiran seluruh Pemuda PAS.

Muktamar yang bakal berlangsung dalam suasana pematuhan SOP itu bakal dirasmikan oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah, Dr Aliakbar Gulasan dan dihadiri pemerhati daripada Pemuda PAS Pusat serta perwakilan dari 15 kawasan berdaftar.