Home Rencana PAS Selangor

Muktamar DPPNS : Pemuda Kuala Selangor rangkul 3 anugerah – DPPK Kuala Selangor

23
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor

Syabas dan tahniah kepada sahabat-sahabat Dewan Pemuda PAS Kuala Selangor apabila memenangi 3 daripada 22 anugerah yang dipertandingkan pada muktamar kali ini. Sudah pasti, kejayaan ini adalah hasil kerjasama berpasukan serta kesatuan hati sahabat-sahabat pemuda di Kuala Selangor.

3 anugerah tersebut ialah:

1. Anugerah Sinar Kebajikan: Lajnah Kebajikan DPPNS (Ustaz Arif Helmi bin S.Azmi)

2. Anugerah SRITI Kawasan Terbaik Negeri Selangor (Kategori Pengurusan Kewangan)

3. Anugerah DPPK Harapan: Lajnah Perpaduan Nasional DPPNS

Ucapan jutaan terima kasih juga ditujukan khas kepada mantan Ketua Pemuda DPPKS, Ustaz Azril Hairi Ahmad yang membimbing kami disetiap posisi pada sesi yang lepas.

Mudah-mudahan dengan pengiktirafan ini menyemarakkan lagi semangat kita untuk terus berjuang dan berkorban demi agama Islam yang tercinta. Salam perjuangan. Allahuakbar!

“Demi Islam, sedia berjuang”

23 Oktober 2021 | 16 Rabiul Awal 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor