Home Artikel PAS Perlis

Muafakat Nasional ‘Bermuafakat’ Di DUN Indera Kayangan

480
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Kesepakatan serta persefahaman tinggi antara kepimpinan serta ahli PAS dan UMNO menjadi kunci kekuatan Muafakat Nasional di DUN Indera Kayangan, dekat sini.

Ini terbukti apabila kedua-dua parti sentiasa bergerak secara bersama dalam pelbagai program kemasyarakatan di peringkat DUN ini.

Pagi tadi, Muafakat Nasional DUN Indera Kayangan telah mengadakan program agihan ayam segar kepada para penduduk.

Sebanyak 230 bungkus ayam segar telah diedarkan kepada seramai 230 ketua isi rumah yang tinggal di Kampung Bahagia, Kampung Guar Syed Alwi, Kampung Guar Hujung Batu serta kawasan sekitar Taman Jali.

Antara yang turut serta dalam program ini, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kangar yang juga Pengarah MTD Indera Kayangan, Wan Hassan Ismail, AJK MTD, Pengerusi JKKP serta para sukarelawan tempatan.

Menurut Wan Hassan, bungkusan ayam segar yang diagihkan adalah hasil sumbangan yang diterima daripada pelbagai pihak termasuk ahli PAS dan UMNO.

“Alhamdulillah, masyarakat di sini amat menyambut baik kerjasama erat yang ditunjukkan oleh PAS dan UMNO kerana permuafakatan ini ternyata membawa banyak manfaat kepada masyarakat pelbagai kaum di DUN ini,” katanya ketika ditemui di sini.