Home Kenyataan Media PAS Sarawak

Muafakat Nasional Beri Kelebihan, PAS Sarawak Yakin Dapat Kerusi

274
SHARE

PAS Sarawak sudah melakukan persiapan dengan strategi yang kukuh untuk menawan dun sulong pada Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak akan datang. Hari ini PAS Sarawak bersama PAS Batang Lupar telah berjaya menghantar kumpulan pertama petugas pilihanraya untuk menghadiri krusus khas pilihanraya serta pemantapan organisasi di Darul Iman Training Centre (DITC), Kemaman dekat Terengganu selama seminggu dan lawatan kerja serta kemahiran di Kelantan.

PAS telah menyertai 5 siri pilihanraya di Dun Beting Maro dan Batang lupar dengan peningkatan undi yang sangat positif seiiring dengan peningkatan pengundi sehingga tidak pernah hilang wang deposit pilihanraya. Sokongan padu pengundi di Beting Maro khususnya jauh berbeza dari sebelumnya. Mereka telah melihat PAS sahaja yang boleh membantu mereka yang tertindas dengan penafian hak pembangunan. PRN lepas menyaksikan PAS kalah hanya lebih seribu undi berbanding calon PBB.

Kehadiran PAS kali ini sudah pasti lebih diyakini pengundi termasuk pengundi Barisan Nasional(BN) dahulu yang bakal memberi undi tambahan untuk memenangkan PAS. PAS mempunyai kelebihan apabila kita bersama di dalam Muafakat Nasional(MN) yang mana lambang BN lebih dikenali di kawasan luar bandar Sarawak.

Sepertimana Gabungan Parti Sarawak(GPS), PAS Sarawak juga melihat tiada kepentingan kerjasama antara GPS dan PAS di negeri Sarawak setakat ini kerana mereka juga seteru utama PAS terutama di kerusi Beting Maro. Bagi PAS, di Beting Maro Pakatan Harapan(PH) pula tiada nyawa apabila pilihanraya lepas undi mereka hanya sebanyak 103 berbanding undi rosak 104 iaitu beza dibawah 1 undi. Melihat kepada prestasi yang meningkat ini, PAS kini bertumpu sepenuhnya dibeberapa kerusi yang bakal menjadi kerusi kemenangan sulong PAS bersama Muafakat Nasional kelak.

Zharudin Narudin
Ketua Penerangan PAS Sarawak