Home Berita PAS Perlis

MTD Sena Edar Nasi Lemak Percuma

913
SHARE

Oleh: Najah Izzati

KANGAR : Majlis Tindakan DUN Sena mengorak langkah mengadakan Program Edaran Nasi Lemak Percuma kepada masyarakat sekitar DUN Sena.

Program edaran nasi lemak ini merupakan salah satu inisiatif MTD mendekatkan diri dengan masyarakat, selain memupuk amalan bersedekah di kalangan umat Islam.

Seawal jam 6.45 pagi, para petugas MTD telah mula mengedar nasi lemak secara percuma kepada para penduduk yang menggunakan laluan berhampiran Taman Repoh, Kangar.

Rata-rata pengguna laluan tersebut yang ditemui menyambut baik program berkenaan serta memuji inisiatif yang dijalankan oleh MTD Sena.

Bagi yang berhajat untuk bersama-sama membantu dalam Program Edaran Nasi Lemak Percuma, boleh hubungi Pengarah MTD Sena, Ustaz Fakhrul Anwar di talian 019 472 2007.