Home Berita PAS Perlis

MTD Kuala Perlis Ucap Selamat Hari Polis

1211
SHARE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya jua, pada tanggal 25 Mac 2018, sekali lagi kita berpeluang untuk meraikan dan menyambut Peringatan Hari Polis Ke-211.

Saya mewakili Majlis Tindakan Dun (MTD) Kuala Perlis mengharapkan agar pasukan Polis Diraja Malaysia akan terus berjuang dengan semangat yang kental dan iltizam demi agama, bangsa dan negara.

Bersempena dengan sambutan yang ke-211 ini semestinya PDRM telah mencapai satu  usia yang begitu matang yang membolehkannya memberi perkhidmatan kepada masyarakat dengan lebih berkesan serta memenuhi kehendak arus pembangunan yang semakin ketara terutamanya dalam era digital ini.

Pengorbanan seluruh anggota polis demi menjaga keamanan bumi Malaysia ini adalah amat bernilai manakala komitmen serta pelaksanaan tugas dengan penuh integriti menjamin kesejahteraan rakyat khasnya dan negara amnya.

Marilah bersama kita kekalkan hubungan yang erat antara polis dan masyarakat demi negara yang tercinta seiring dengan tema Hari Polis tahun ini, ‘Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

Selamat Menyambut Hari Polis Ke-211.

Sdr Mohamad Fuat bin Hj Abu Bakar
Pengarah (DUN) Kuala Perlis

25hb Mac 2018 / 8 Rejab 1438H

#SejahteraMalaysia
#UbahKualaPerlis
#SejahteraBersamaIslam
#PerlisMajuBerkatSejahtera