Home Berita PAS Wilayah

MPP Batu Turun Padang Tangani Isu Paip Pecah

537
SHARE

MPP BATU TURUN PADANG TANGANI ISU PAIP PECAH

Oleh : Dhiya’ Muttmainnah

BATU – Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Batu Zon 2 cakna dan prihatin terhadap permasalahan paip pembentungan awam yang pecah di Simpang Tiga, Jalan Dato’ Senu 11 baru-baru ini.

Pengerusi MPP Batu Zon 2, Haji Abu Bakar Abdul Rahman telah turun padang memantau proses membaik pulih paip pembentungan awam tersebut semalam.

MPP Batu Zon 2 komited menjadi penghubung antara penduduk setempat dengan pihak berwajib dalam usaha menjaga kebajikan sejagat.

“InshaAllah kami selaku wakil kepada penduduk di sini akan mempergiatkan lagi usaha utk menambah baik keadaan di sekitar Sub Zon 2 yang merangkumi Sentul Tengah. Pihak kami juga sentiasa mengalukan sebarang sumbang saran dari penduduk setempat,” ujar beliau semasa meninjau kawasan terbabit.

Paip-paip pembetungan awam yang pecah adalah di bawah bidang kuasa Indah Water Konsortium (IWK) dan pihak IWK sedang dalam usaha membaiki paip-paip pecah yang dijangka siap pada minggu pertama bulan Oktober ini.