Home Artikel PAS Wilayah

MPP Batu Sub Zon 2 Selesai Masalah Lama Penduduk

308
SHARE

Oleh: Dhiya’ Muttmainnah

BATU – Permasalahan sampah yang telah sekian lama berlaku di Simpang 3, Jalan Taman Dato’ Senu 4, Taman Dato’ Senu, telah mendapat perhatian Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 2, Kawasan Batu baru-baru ini.

Haji Abu Bakar Abd Rahman, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 2, yang baru turut turun ke tempat kejadian bagi melihat permasalahan yang dialami oleh penduduk setempat.

Permasalahan sampah yang berlaku sebelum ini telah menimbulkan rasa ketidakselesaan penduduk bahkan ia turut mengancam kesihatan mereka yang tinggal berdekatan dengan kawasan tersebut.

Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 2, dengan kerjasama DBKL hari ini telah bertindak membersihkan dan mengumpulkan sampah-sampah seperti yang dilaporkan bagi mengekang permasalahan dari terus berlarutan.

Tindakan tersebut juga adalah bagi memudahkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk membawa sampah-sampah tersebut ke tempat yang sepatutnya.

Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 2, Kawasan Batu juga komited menjadi penghubung antara penduduk dan pihak-pihak berwajib dalam memastikan kesejateraan penduduk diseluruh Kawasan Batu terjaga.