Home Berita PAS Wilayah

MPP Batu Cakna Nasib Penjaja Kecil

638
SHARE

Oleh: Thiah Razali
1 Oktober 2020

BATU : Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Batu Sub Zon 2 terus komited menangani permasalahan penduduk di sekitar Sentul Tengah.

Sebuah pertemuan ringkas antara Pengerusi MPP Batu Sub Zon 2, Haji Abu Bakar Abdul Rahman dengan Pengerusi Persatuan Penjaja Kecil Taman Dato’ Senu, Saudara Kamal Azizi Abdullah telah diadakan kelmarin.

Antara perkara yang dibincangkan termasuklah cadangan lokasi pejabat persatuan tersebut dan tapak pasar malam serta foodcourt di kawasan Sentul Tengah.

Pertemuan itu turut menyentuh tentang penubuhan Persatuan Penjaja Kecil Taman Dato’ Senu dan perancangan program temu mata dengan para ahli Persatuan Penjaja Kecil di sub zon tersebut.

Haji Abu Bakar menegaskan bahawa MPP Batu Sub Zon 2 akan terus berusaha bagi membela nasib penjaja kecil di sekitar Sentul Tengah.

Turut hadir dalam pertemuan itu adalah Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan, Kamal Azizi Abdullah.

Bagi sebarang cadangan penambahbaikan atau aduan masalah di sekitar Sentul Tengah, boleh diadukan kepada :

Pengerusi MPP Batu Sub Zon 2,
Haji Abu Bakar Abdul Rahman (0162232718)

atau

Timbalan Pengerusi MPP Batu Sub Zon 2, Badrol Hisham Ismail (0123638174)

atau

Setiausaha MPP Batu Sub Zon 2, Zurina Din (0143069141).