Home Berita PAS Wilayah

MPP Batu Bersama Ringankan Beban Warga Emas

625
SHARE

Oleh: Dhiya’ Muttmainnah

BATU – Program Penyampaian Barangan Dapur anjuran Kelab Warga Emas 1 Malaysia Parlimen Batu dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Sentul Utama telah berjaya dijalankan baru-baru ini.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Ustaz Azhar Bin Yahya, Penasihat Majlis Perwakilan Penduduk Zon Batu merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Batu di Dewan Persatuan Penduduk Taman Sentul Utama tersebut.

Program sebegini adalah bertujuan untuk menyantuni golongan warga emas yang menetap di sekitar Taman Sentul Utama sekaligus dapat membantu meringankan beban perbelajaan sehari-harian mereka.

Antara yang turut hadir adalah Kaswan Arsat, Ahli Jawatan Kuasa PAS Kawasan Batu, Dato’ Ramlan Saleh, Timbalan Umno Bahagian Batu, Amilludin Abd Latif, Naib Ketua Umno Bahagian Batu, Maimun, Pengerusi Kelab Warga Emas serta Hamimah Selamat, Wakil Kawasan Rukun Tertangga Sentul Utama.

Ustaz Azhar Yahya yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan dalam ucapannya turut menyambut baik atas usaha-usaha murni yang dijalankan buat masyarakat setempat. Beliau berharap agar program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang sekaligus menatijahkan kesan yang baik buat kebajikan masyarakat setempat.