Home Artikel PAS Wilayah

MPP Batu agih bantuan rumah ke rumah

196
SHARE

Oleh : Dhiya’ Muttmainnah
18 Februari 2021

BATU : Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 4 Parlimen Batu meneruskan lagi program agihan sumbangan Bakul Makanan buat penduduk setempat baru-baru ini.

Sumbangan tersebut adalah salah satu usaha bagi membantu penduduk setempat yang terjejas akibat Covid-19 serta mereka yang terdiri daripada golongan miskin bandar (B40).

Hadir bagi mengagihkan sumbangan tersebut dari rumah ke rumah adalah Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur yang juga merangkap Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah Dan Wanita Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Ustaz Azhar Yahya.

Bakul Makanan yang mengandungi barang keperluan asas seperti beras, minyak, tepung dan barang keperluan harian itu adalah sumbangan daripada Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), MPP Parlimen Batu dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Al-Mannar.

Penyerahan sumbangan yang dilaksanakan secara ringkas serta mengikut garis piawaian norma baharu itu turut disertai oleh Timbalan Pengerusi MPP Sub Zon 4, Salbiah Abd Wahab dan beberapa orang jawatankuasa yang lain.

Kesemua penerima sumbangan Bakul Makanan kali ini adalah terdiri daripada penduduk sekitar Kampung Batu Muda dan Taman Batu Muda.