Home Berita PAS Terengganu

Monsoon drain’ elak banjir kilat di KT

199
SHARE

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Kepentingan untuk membina ‘monsoon drain’ (Longkang Monsun) telah dibawa kepada Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah KualaTerengganu.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Haji Amzad Mohamed berkata, projek tebatan banjir perlu bagi mengurangkan risiko banjir kilat yang sering berlaku.

“Kita sedang memohon peruntukan supaya ‘monsoon drain’ ini dapat dilaksanakan seperti mana yang kita ketahui, ” kata beliau yang juga salah seorang ahli dalam jawatankuasa yang berkenaan.

Beliau yang juga calon Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata demikian ketika ditemui pihak media, hari ini.

Menurutnya, secara relatifnya isu banjir di Kuala Terengganu tidak seteruk seperti daerah lain tetapi perkata tersebut perlu diatasi dan cari jalan penyelesaian.

“Ada kawasan tertentu masih lagi perlukan saliran untuk dialihkan air ini, ‘moonson drain’ yang dimaksudkan,” ujar beliau.