Bandar Sri Sendayan, 7 APRIL 2019 – Di ambang pilihanraya kecil DUN Rantau yang bakal menjelang, PAS & UMNO meningkatkan momentum kerjasama dengan bersama-sama turun menziarahi 150 buah rumah penduduk di Bandar Sri Sendayan hari ini.
Ziarah diketuai Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob & diiringi 50 petugas dari PAS Rembau, PAS Hulu Langat & jentera UMNO berkempen dengan begitu bersemangat.
Ini adalah salah satu aktiviti kempen untuk memenangkan calon pembangkang dari UMNO iaitu Dato Sri Muhammad Hassan dalam PRK Rantau 13 April ini. Kempen pembangkang PRK ini begitu bertenaga apabila banyak aktiviti kempen dijalankan melebihi perancangan asal dengan dukungan tidak berbelah-bagi jentera PAS dan UMNO.
Semua penduduk yang diziarahi terdiri dari bangsa Melayu & India sangat meraikan kehadiran petugas PAS & UMNO.