Home Artikel PAS Pahang

“Moh berjamu di Anjung Selera Bandar Jengka”

847
SHARE
Ustaz Shahril (tengah) mengunting ribon tanda perasmian kedai diusahakan generasi kedua Felda

BANDAR TUN RAZAK JENGKA: Sempena gelombang Buy Muslim First (BMF) masa kini, Adun Jengka Ustaz Shahril Azman Abdul Halim mempromosikan warung-warung makan orang kita dengan tema ‘Support Usahawan Melayu’.

 

Beliau menyeru demikian selepas merasmikan pembukaan kedai The Roti Arab Cafe & Burger Grill di Anjung Selera Bandar Jengka.

 

Kedai makan tersebut diusahakan oleh usahawan muda tempatan, Kadri bin Haji Kamarudin anak peneroka Jengka 19, di sini.

 

“Pelanggan boleh merasai keenakan dan kelainan Roti Arab panas, terus dari oven yang diproses sendiri oleh beliau. Bertambah kelazatannya, dengan kari kambing dan ayam yang disediakan.

 

“Pelanggan juga boleh merasai kelazatan dan kelembutan Burger Grill yang diproses sendiri daging kima dan rotinya. Harganya berpatutan RM6 sahaja, namun rasanya yang lazat boleh menyaingi burger-burger mahal yang ada di Malaysia, Insyaallah. Belum cuba belum tahu, dah cuba baru tahu keenakan…”

 

Tambahnya, bukan itu sahaja, di Anjung Selera Jengka juga pelanggan-pelanggan boleh menikmati pelbagai masakan yang disediakan oleh usahawan-usahawan muda Melayu yang lain.

 

“Ada nasi pelbagai jenis lauk pauk, Nasi Ayam Penyet Ambia, Nasi Ayam Kukus Berempah, Sop Gear Box, Roti Canai Garing Kari Kambing dan pelbagai lagi.

 

“Moh semua ke Anjung Selera menjamu selera”.

 

Semoga Allah murahkan rezeki usahawan-usahawan Melayu ini dan berjaya dalam perniagaan masing-masing.