PAS Gombak ketika dihubungi menyatakan, para penerima terdiri daripada 7 orang wakil keluarga kepada ahli PAS yang telah terkorban dan 8 orang lagi, adalah ahli yang dijangkiti COVID-19.
“Bantuan yang telah disampaikan ini merangkumi penerima yang berada dibawah DUN Gombak Setia”.
Majlis penyerahan bantuan ini berjalan lancar dengan kehadiran (YDP PAS Kawasan Gombak) Ustaz Salehuddin Nasir, (Setiausaha PAS Kawasan Gombak) Tuan Khairul Fahmi Mat Som, (Ketua Jawatankuasa Khas Bantuan Covid) Saudara Azizul Abu Bakar serta tim sukarelawan kebajikan PAS Gombak.
Sekalaung penghargaan diucapkan kepada pihak PAS Negeri Selangor, Perikatan Nasional Gombak dan seluruh para penyumbang yang telah menjadi nadi utama, untuk segala bantuan ini dapat dijayakan.