Home Berita PAS Terengganu

Misi ‘rukah Bukit Keluwe’ bersama Ameerah sukses

1552
SHARE

Alhamdulillah wa syukurillah, pada hari ini telah berlangsung dengan jayanya program “Jom Rukah Bukit Keluwe Bersama Ameerah” anjuran Ameerah Kawasan Besut. Dengan izin Allah, program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari hari pertama sebaran program dijalankan.

Bukit Keluang merupakan antara destinasi pelancongan yang terkenal di Besut. Tempat ini juga menjadi tumpuan para penduduk setempat untuk beriadah pada waktu lapang. Dengan pantainya yang indah, Bukit Keluang menjadi “hotspot” untuk masyarakat di sini menjalankan pelbagai aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan.

Antara aktiviti yang dijalankan setelah mendaki Bukit Keluang adalah para peserta dihidangkan dengan santapan rohani oleh Ustazah Siti Khadijah (Ketua Lajnah Tarbiyah Dewan Muslimat PAS Kawasan Besut), ber”bbq”, permainan, cabutan bertuah dan juga menyambut hari lahir para peserta yang lahir pada bulan Mac. Alhamdulillah, perjalanan program begitu singkat namun semua yang hadir amat berpuas hati.

Ameerah Besut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Amal Besut, Briged Muslimat Besut serta Briged Muslimat Setiu kerana telah bertugas menjaga keselamatan para peserta sepanjang program ini berjalan. Tidak lupa kepada ahli jawatankuasa program yang bersungguh-sungguh menjayakan program pada pagi ini.

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih serta tahniah kepada semua peserta yang hadir memeriahkan program dengan kesungguhan dan penuh ceria. Penyertaan hanya dibuka untuk 30 orang namun kehadiran mencecah hampir 50 orang. Tahniah buat para anak muda yang berminat menyertai program anjuran Ameerah Besut pada kali ini.

Akhir kata, untuk semua yang terlibat dalam menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung, kami ucapkan jazakumullahu khairal jaza’.