Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kuala Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
KUALA SELANGOR, 24 Julai – PAS DUN Jeram telah mengunjungi 25 keluarga India di 3 lokasi sekitar DUN Jeram iaitu Ladang Bukit Cherakah, Taman Permai, Jalan Raja Abdullah.
Kesemua penerima sumbangan ini terdiri daripada mereka yang terjejas pendapatan disebabkan tidak dapat bekerja dan mereka yang menjalani kuarantin di rumah selepas disahkan mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19.
Misi penyerahan sumbangan tersebut diketuai YDP PAS Kuala Selangor Cikgu Rashid, Timbalan YDP PAS Kuala Selangor Ustaz Mohd Noor, Ketua DHPP Kuala Selangor Sdr Kumar, wakil PAS Cawangan Simpang 3 Jeram Sdr Norazlan dan beberapa wakil DHPP lain yang turut serta membantu menyampaikan sumbangan.
PAS DUN Jeram sangat berterima kasih kepada Ketua DHPP Kuala Selangor, Sdr Kumar yang telah betungkus lumus menjaga kebajikan penduduk-penduduk kaum India di seluruh Kuala Selangor dan memastikan mereka tidak terkecuali atau tercicir daripada menerima bantuan disaat ramai rakyat yang terjejas pendapatan disebabkan perlaksanaan PKPD.
Semoga semua penduduk di Kuala Selangor khususnya di DUN Jeram dapat menjalani kehidupan dengan harmoni, bantu membantu sesama penduduk yang berada dalam kesusahan walaupun berlainan agama dan bangsa.
Marilah kita terus menghulurkan sumbangan kepada tabung bakul makanan PAS DUN Jeram agar dapat kita sama-sama membantu mereka yang memerlukan.
Bagi yang ingin menyumbang boleh salurkan ke :-
Bank : Maybank Berhad
No. akaun : 5628-4352-0969
Akuan : PAS CAWANGAN FASA 2
Hubungi wakil PAS DUN Jeram ditalian :
012-3000949 (Tn. Hj Mohamad Ismail)
Semoga segala usaha kita sehingga hari ini membuahkan hasil dan diiringi dengan doa daripada mereka yang mendapat manfaat daripada sumbangan yang kita berikan.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor