Home Berita PAS Selangor

Misi membantu penduduk terjejas diteruskan – DMP Cawangan Taman Samudra Utara

48
SHARE

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

GOMBAK, 2 September – Muslimat PAS Cawangan Taman Samudra Utara meneruskan lagi misi mereka dalam menyerahkan bantuan ‘Bakul Prihatin’ kepada penduduk terjejas di sekitar Gombak.

Wakil Muslimat PAS Cawangan Taman Samudra Utara telah turun
menyampaikan sumbangan kepada beberapa buah keluarga di Desa Batu Caves serta seorang anak yatim yang kehilangan ibunya akibat COVID-19.

“Semoga sedikit bantuan ‘Bakul Prihatin’ ini dapat meringankan beban dan memberi sedikit senyuman buat mereka yang menerimanya”, jelas mereka.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor