Home Berita PAS Selangor

Misi bantuan untuk 18 lokaliti di Bangi – YDP PAS Kawasan Bangi

127
SHARE

Laman Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor Us Shafie Ngah | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Shafie Ngah
YDP PAS Kawasan Bangi

BANGI, 7 Ogos – Pagi ini PAS Kawasan Bangi menggerakkan misi bantuan ke 18 buah lokaliti di sekitar kawasan dalam Parlimen Bangi.

Para petugas di setiap lokaliti diberikan amanah untuk menyiasat dan mengenalpasti keluarga-keluarga yang memerlukan bantuan untuk diberikan pek bekalan makanan.

Antara item yang terkandung di dalam setiap satu pek bantuan bekalan makanan adalah seperti beras, ayam, sayuran, telur, minyak, dan santan kotak.

Semoga bantuan tersebut dapat meringankan sedikit bebanan keluarga-keluarga tersebut untuk meneruskan kehidupan dalam situasi pandemik COVID-19 ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor