Home Berita PAS Selangor

Misi bantuan KMNS bersama NGO di Hospital Kajang – PAS Kawasan Kapar

132
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kapar

Oleh : Umar Al-Hayawi

KAJANG, 6 Ogos – Pagi ini, sekali lagi Khidmat Malaysia Selangor (KMNS) bersama NGO PAPISMA serta Syabab Care telah turun ke Hospital Kajang dalam misi bantuan bencana COVID-19. Difahamkan, bantuan kali ini merupakan kali keempat KMNS ke sini.

Misi bantuan kali ini diketuai oleh Pengerusi Khidmat Malaysia Negeri Selangor Ustaz Noor Najhan Mohamad Salleh diikuti Timbalan Pengerusi KMNS Ustaz Fadzli, Dr Afiza daripada PAPISMA, Saudara Azwan, Team Syabab Care serta pimpinan NGO yang lain.

Rombongan KMNS telah disambut baik Timbalan Pengarah Hospital, Dr Amalina Ismail bersama kakitangannya.
Antara sumbangan yang telah diserahkan termasuk 7 unit kerusi roda, PPE (Tyvek Suite), Face Shield, air mineral, air kotak dan makanan.

Ribuan kalam penghargaan diucapkan buat semua. Semoga segala sumbangan yang telah diserahkan ini dapat meringankan sedikit bebanan para frontliners di sana dan juga semoga Allah SWT memberi kekuatan dan ketabahan buat para frontliners negara dalam terus memikiul amanah negara membawa kemenagan melawan pandemik COVID-19.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor