Home Berita PAS Sabah

Misi bantuan bulanan asnaf Apas di teruskan

591
SHARE

Oleh : Nur Marlyannah Umar
04 Ogos 2019, Ahad

Tawau : PAS Kawasan Tawau hari ini meneruskan misi bantuan bulanan bertempat di Kampung Kinabutan Kecil dan Kampung Tinagat.

10 buah rumah golongan asnaf berjaya dijejaki dan disantuni kali ini.

Penerima sumbangan bulan ini terdiri daripada warga tua dan keluarga yang kurang berkemampuan.

Sumbangan yang diberikan berbentuk barangan asas dapur seperti beras, gula, tepung, minyak dan lain-lain.

Sumbangan tersebut merupakan sumbangan dari ahli-ahli PAS dan juga sumbangan dari Jemaah Ibu Bapa & Guru PASTI (JIBG).

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Naib YDP PAS Kawasan Tawau, Tuan Amboase Ramano serta Setiausaha Dewan Ulama PAS Kawasan Tawau, Ustaz  Munzier Mahmud.

Tuan Ambo Amboase menzahirkan harapan agar program sumbangan akan diteruskan serta beliau mengajak orang ramai agar turut menyumbang demi meringankan sedikit beban golongan yang memerlukan.

Manakala para penerima yang terpilih rata-rata menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas sumbangan serta keprihatinan PAS Tawau.