Home Berita PAS Selangor

Misi Banjir Pulau Pinang oleh Khidmat Malaysia Negeri Selangor

812
SHARE

Alhamdulillah, selama 2 hari (Sabtu dan Ahad) di bawah panji Khidmat Malaysia Negeri Selangor(KMNS) yang mengetuai lebih 160 peserta delegasi Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor (JAMNS), Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor(DPPNS), 22 PAS Kawasan, Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor(DMPNS), Mahasiswa dan pelbagai pertubuhan NGO dari Negeri Selangor berkampung di Pulau Pinang dalam misi Ops Banjir telah berakhir dengan baik sebentar tadi.

Misi kali ini merangkumi aktiviti Clean & Clear (C&C), Dapur Rakyat dan Klinik Medan menjadikan misi paling besar dibuat oleh KMNS ke Pulau Pinang semenjak berlakunya bencana banjir sabtu lepas.

Sejumlah lebih RM100,000 sumbangan daripada orang ramai dalam pelbagai bentuk termasuk barangan, peralatan, bahan masak dan ubat-ubatan telah dibawa oleh kontijen ke Pulau Pinang.

Lebih 30 buah rumah dan 3 kampung di sekitar Masjid Hashim Yahya telah berjaya dibersihkan dalam Parlimen Jelutong (Kelmarin). Manakala, sebuah sekolah dan beberapa buah rumah serta timbunan sampah sarap telah dibersihkan di sekitar kampung Lubuk Meriam dalam Parlimen Tasek Gelugor semalam.

Pada majlis penutup semalam, ucapan terima kasih turut disampaikan kepada semua yang terlibat. Penyampaian sumbangan kepada mangsa banjir telah dilaksanakan dan pelbagai keperluan pasca banjir diterima oleh mereka. Selain itu, sumbangan dari delegasi KMNS juga disampaikan kepada Bilik Gerakan Induk Khidmat Malaysia di Pongsu Seribu.

Shehdi Hazrik
Timbalan Pengarah 3
Khidmat Malaysia Negeri Selangor
13hb November 2017