Home Kenyataaan Media PAS Perak

Minyak TAPIS: Mahal Harganya dan Sengsara Rakyat Malaysia?

1912
SHARE

Minyak TAPIS: Mahal Harganya dan Sengsara Rakyat Malaysia?

Oleh: Hafez Sabri
Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak

Harga minyak dunia, dijangka meningkat ke tahap 60-70 USD Setong hujung tahun ini dan berpotensi terus mengukuh tahun hadapan. Dengan subsidi minyak telah dihapuskan di Malaysia, rakyat bakal menghadapi saat sukar.

Pemuda PAS Perak menyatakan sokongan penuh cadangan Pusat Penyelidikan PAS (PPP) agar Kerajaan Malaysia menetapkan harga siling bagi petrol dan diesel dengan mengembalikan semula subsidi barangan petroleum tersebut.

Untuk rekod, Malaysia mengeluarkan minyak mentah tapis ‘blend’ (TAPIS) namun minyak tersebut tidak digunakan dalam negeri kerana berkualiti tinggi serta harga lebih mahal dan lebih menguntungkan jika dieksport. Oleh itu, Malaysia mengimport minyak jenis lain yang harganya lebih rendah untuk kegunaan kenderaan dan industri tempatan sementara minyak bermutu tinggi TAPIS ini dieksport keluar.

Minyak mentah keluaran Malaysia diklasifikasikan sebagai “Tapis Blend“, yang ditakrifkan oleh pakar petroleum sebagai “Tapis Blend is a high quality, extra light, low sulfur crude. It has high quality clean products and conversion feed.” Ianya minyak mentah berkualiti tinggi dan disebut sebagai sweet dan light. Berdasarkan carta, jelas tapis dijual pada harga 10-12 USD lebih mahal dari harga purata WTI/Brent Crude.

Amat malang bagi rakyat Negara ini, pertamanya sudahlah minyak yang dijual dalam Negara tidak berkualiti berbanding sumber minyak TAPIS sendiri yang dieksport keluar. Malang bertimpa pula, sudahlah kualiti rendah, harganya mahal menyesakkan hidup rakyat pula. Lebih buruk lagi, hasil keuntungan jualan Tapis keluar Negara, dirompak dengan segala macam rasuah ketirisan yang jelas tidak langsung memberi manfaat kepada rakyat. Cukai dan dividen tinggi yang dikutip,hasil peningkatan harga minyak ini secara tidak langsung juga gagal membantu rakyat yang terus dihimpit isu harga barang naik, GST dan harga rumah melampau.

“Minyak berkualiti TAPIS mahal harganya,
Tapi dieksport keluar negara,
Minyak murah dimport untuk kita,
Dijual mahal rakyat juga yang sengsara”