Home Berita PAS Kedah

Minyak motorsikal percuma bagi mangsa banjir di Yan

48
SHARE

OLEH ROZAIDI TAIB

YAN, 28 Ogo – Seramai 1,000 penunggang motosikal di sekitar kampung yang terlibat dalam tragedi kepala air di Gunung Jerai menerima sumbangan petrol percuma di sebuah stesen minyak di pekan ini, hari ini.

Program Minyak Petrol Percuma untuk mangsa tragedi itu dianjurkan bersama Dewan Pemuda Pas Kedah.

Ketuanya, Nurul Amin Hamid berkata,  sumbangan petrol percuma itu bertujuan meringankan beban mangsa tragedi  itu mengisi petrol motosikal untuk bergerak menyelesaikan urusan mereka.

“Setiap motosikal diisi petrol antara RM3 hingga RM10,” katanya di sini hari ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Sabri Azit yang meluangkan masa membantu mengisi petrol motosikal penduduk yang menerima sumbangan petrol percuma itu.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya  memberikan sumbangan barangan dapur kepada penduduk yang singgah mengisi minyak di stesen minyak tersebut.

Sementara itu bagi Kelab Motor ARC Sik, mereka mempunyai inisiatif berlainan membantu mangsa bencana.

Pengerusinya, Najib Mohd Salleh berkata, mereka membantu dengan program servis minyak enjin motorsikal percuma.

” Bersama 10 ahli dari Sik berkumpul di Masjid Badlishah Pekan Yan sejak pagi untuk servis minyak enjin motor percuma, ” katanya.

Najib berkata sebanyak 100 motorsikal penduduk yang terjejas dengan bencana ini telah diservis sepanjang hari ini.