Home Berita PAS Sabah

MGP Tawau Hulur Bantuan

488
SHARE

Oleh : Nur Marlyannah Umar
02 September 2019

TAWAU : Nasib 9 murid PASTI Nurul Iman 2, Tg Batu Darat di Kampung Otentik di sini, yang kehilangan rumah dalam kebakaran selasa lalu mendapat perhatian Majlis Guru PASTI Kawasan Tawau (MGPKT) dengan diberikan sumbangan.

Sumbangan disampaikan oleh Ketua MGPKT, Puan Hasni Abd Latif.

Puan Hasni Abd Latif berkata, sumbangan berkenaan adalah satu daripada tanggungjawab sosial MGP disamping sebagai tanda keprihatinan mereka mangsa-mangsa yang terlibat.

“Allah tidak akan menguji hamba-Nya di luar kemampuan hamba-Nya. Moga pihak keluarga terus kuat dan sabar menghadapi ujian ini.

” Inshaa Allah , Pihak MGP akan membayarkan yuran bulanan pengajian 9 murid kesemua mereka hingga akhir sesi persekolahan kelak.

“Kami berharap bantuan ini dapat meringankan sedikit beban yang dihadapi oleh ahli keluarga,” Katanya semasa memberi ucapan ringkas dalam majlis penyerahan sumbangan disini, tadi.

Turut hadir, Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau, Siti Rahmah Bandu, merangkap Pengurus PASTI Kawasan Tawau, Penolong Pengurus PASTI Kawasan, Daramansah Lamasa serta 14 Ahli Jawatankuasa MGP Kawasan Tawau.