Home Berita PAS Selangor

Mewakili Sahabat Sukarelawan Dan DACS Kuala Langat Di Majlis Perasmian Monumen Keluarga Haji Sidek – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Keyboard Setiausaha DPPN Selangor.

636
SHARE

Oleh : Ustaz Hanif J

Banting, Selangor | 5 Oktober 2020

Terasa sebak perasaan ketika berucap mewakili sahabat sukarelawan dan DACS Kuala Langat di Majlis Perasmian Monumen Keluarga Hj Sidek pagi tadi yang telah dirasmikan oleh Datuk Ketua Setiausaha Kementerian Belia & Sukan.

Saya sebak kerana Pengarah projek saudara Saidul Marjuni tak dapat bersama kami, beliau baru selesai melakukan pembedahan di bahagian muka akibat tulang rahang yang remuk dalam eksiden tempoh hari.

Sebak dengan kesungguhan para sukarelawan yang bertungkus lumus selama 7 minggu menyiapkan projek ini, setiap Sabtu dan Ahad pasti mereka akan turun menyiapkannya.

Alhamdulillah saya sempat sebut semua nama sukarelawan dalam ucapan saya. Sutrabear Rosli Yaacob Hanif El-Moribi Mohamad Badri Muhammad Aflah Ahmad Maahir dan lain-lain.

Terima kasih pada keluarga Sidek yang memberikan keizinan kepada DACS dan team sahabat sukarelawan untuk menambah baik tugu yang bersejarah ini.

Terima kasih buat para penyumbang yang mempermudahkan segala urusan kami untuk menyiapkan projek ini. Terima kasih juga buat Kelab Badminton Nusa Mahsuri yang banyak membantu mempermudahkan urusan dengan Dato Misbun dan majlis perasmian hari ini.

Perjuangan ini tetap akan diteruskan InsyaAllah. Pihak berkaitan boleh terus memastikan agar usaha ini dapat diteruskan dengan penjagaan rapi keatas tugu ini agar ia menjadi kenangan hebat bagi ganerasi akan datang insyaAllah. Rasa bertuah bersama para sukarelawan.

Muhammad Hanif Jamaluddin
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor