GOPENG,24 Apr: Mesyuarat Pemuda Perikatan Nasional Peringkat Negeri Perak Kali Pertama telah berlangsung melibatkan Dewan Pemuda PAS Perak, ARMADA Bersatu dan Pemuda GERAKAN, petang tadi.
Selain dari agenda politik, Pemuda PN juga turut membincangkan isu kebajikan khususnya untuk rakyat Perak yang terjejas akibat COVID-19 yang dilihat telah banyak memberi kesan kepada ekonomi rakyat negeri ini.
Pemuda PN juga telah bersepakat untuk melaksanakan sebuah program yang melibat ketiga-tiga parti yang mana akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Wakil-wakil Pemuda PN yang hadir kelihatan sangat bersemangat dan bersedia memberikan sepenuh komitmen serta tanggungjawab bagi mempertahankan Kerajaan PN terus memacu negara.
Mesyuarat yang bermula jam 5.00 petang diakhiri dengan majlis berbuka puasa yang diadakan dalam suasana penuh mahabbah bertempat di Wisma Purnama PAS Gopeng.