Tuan Muhammad Jan Bin Sulong selaku Yang Dipertua PAS Kawasan kekal untuk terus mengetuai kepimpinan PAS Kawasan ini selepas menang tanpa bertanding dalam Pimilihan AGM semalam.
Tuan Hj. Shahril Adha Bin Zamhuary pula telah diangkat sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Langat dan Naib Yang Dipertua disadang oleh Zurk Ahmad, bersama 16 lagi ahli jawatankuasa yang baharu dilantik.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Dr Che Rosli Bin Che Mat, mantan Ahli Parlimen Hulu Langat ini juga telah bersetuju dengan satu usul yang dikemukan oleh PAS Cawangan Bandar Bukit Mahkota.
Sebelum itu 3 cawangan tertinggi jumlah sumbangan bagi tabung Simpanan Ukhrawi PKHL iaitu cawangan Kampung Jawa, Bt9 Cheras dan Darul Hidayah dan masing-masing telah menerima saguhati.