Home Artikel PAS Sabah

Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Tawau dengan norma baharu

386
SHARE

Oleh : Nur Marlyannah Umar
27  Julai 2020

TAWAU : Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau kali ke-27 telah berlangsung pagi kelmarin di Dewan Sri Asnur agak berbeza dari tahun-tahun sebelumnya.

Mesyuarat agung tahun ini perlu mematuhi tuntutan Prosedur Operasi Standard (SOP)bagi pencegahan Covid-19.

Menurut Setiausaha Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau, Puan Nany Semin, pada mesyuarat agung kali ini setiap cawangan diminta untuk menghantar pemerhati tidak lebih dari 10 orang berbanding dengan sebelum ini tiada had kehadiran untuk pemerhati.

Semua ini dilaksanakan agar pematuhan penjarakan sosial dapat dipraktikkan dengan berkesan.

Makan tengahari juga diberikan dalam bekas makanan dan dibawa pulang, berbanding sebelum ini dibolehkan makan bersama di dalam dewan.

Suhu badan peserta juga diambil untuk memastikan hanya yang sihat sahaja boleh menghadiri mesyuarat agung ini.

Susunan kedudukan perwakilan dan pemerhati juga diletakkan secara berjarak seperti yang ditetapkan oleh SOP Covid-19.

Mesyuarat agung kali ini, telah dirasmikan oleh Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau, Tuan Amboase Ramano. Juga dihadiri oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Tawau, Saudara Irwan Hamdan dan pemerhati dari Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah, Puan Hjh Wardah Jefrey.