Home Berita PAS Johor

Mersing Saksi PAS Benteng Islam

871
SHARE

Mersing Saksi PAS Benteng Islam

MERSING – Majlis Sambutan Aidifitri PAS Negeri Johor telah berlangsung dengan meriah di tapak Pasar Komuniti dan Karavan, Mersing pada Sabtu yang lalu. Kira-kira 3000 tetamu telah berkunjung ke majlis ini.

Majlis ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Timbalan Presiden PAS, YB Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, serta Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato’ Dr. Mahfodz Mohamed.

Dalam Ucapan YB Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, beliau menegaskan bahawa PAS terus kekal berperanan sebagai benteng bagi membina sebuah Negara yang sejahtera, adil dalam ekonomi, keharmonian rakyat dan undang-undang.

“PAS tetap menjadi benteng dan usaha untuk mempertahankan syiar Islam serta menjadi benteng dalam mengekalkan penghayatan dan amalan Islam dalam Negara ini.

“Kita ingin membina sebuah Negara yang berpaksi kepada aqidah tauhid. Dalam masa yang sama PAS menawarkan prinsip-prinsip keadilan ekonomi, dan keadilan undang-undung sebagaimana yang digambarkan oileh nabi s.a.w,“ katanya lagi.

Sebelum itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Mersing, Cikgu Roslan Nikmat berterima kasih kepada semua yang hadir ke majlis tersebut. Beliau yang diamanahkan sebagai Pengarah program tersebut turut mengumumkan beberapa program lain yang bakal dianjurkan di Mersing seperti program lesen motosikal berkelompok dan progam walimatul urus perdana yang dijangkakan akan berlangsung pada hujung tahun ini.

“Justeru diharapkan lebih ramai peserta yang dapat mengambil bahagian dalam program-program yang bakal dilangsungkan,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan aluan.