Home Berita PAS Wilayah

Merdeka jiwa, merdeka bangsa

406
SHARE
Hakikat kemerdekaan bukan sekadar kebebasan daripada penjajahan sama ada bangsa, fikiran atau kebudayaan seperti difahami kebanyakan, sebaliknya menurut perspektif Islam, ia bermakna kebebasan manusia untuk dapat menikmati kehidupan sesuai fitrahnya yang menjadi sifat asasi manusia selaras matlamat sebenar penciptaannya oleh Allah SWT.
Allah SWT berfirman: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.” (Al-Dzariyat: 56)
Sebagai jiwa yang merdeka kita perlu sentiasa menjadi yang terbaik dari semua sudut dan semua bidang supaya tidak ada sesiapa yang dapat menindas kita. Disebabkan itu kita sentiasa diminta untuk mencari ilmu agar ilmu yang ada dapat digunakan dalam memacu negara ke arah yang lebih baik.
Bertemakan Malaysia Prihatin, Dewan Pemuda PAS Kawasan Putrajaya menyeru kepada semua pihak untuk kita sama-sama kita semarakkan jiwa merdeka dalam kalangan masyarakat Malaysia dan bersatu untuk memartabatkan Malaysia di persada dunia. Janganlah disebabkan perbezaan pandangan akhirnya meruntuhkan perpaduan negara yang selama ini utuh dan akhirnya merugikan anak cucu kita nanti.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-64
Ustaz Mohd Faiyzal Ibrahim
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Putrajaya