Home Berita PAS Perak

Merdeka jiwa ingati sejarah perjuangan terdahulu

10
SHARE

 

Oleh : NurAsilah Noor

TELUK INTAN, 2 September: Lajnah Kebudayaan,Kesenian dan Rekreasi, Muslimat Teluk Intan telah mengadakan program 10 Ribu Langkah Merdeka bertempat di PASTI Ibnu Kathir, Taman Seri Idaman di sini, baru-baru ini.

Program ini yang hampir saban tahun diadakan bertujuan menyemai semangat patriotik seterusnya mengeratkan silaturrahim sesama ahli dan masyarakat setempat.

“Rakyat Malaysia perlu meneliti kembali sejarah kemerdekaan negara yang bermula dengan perjuangan pahlawan terdahulu sehingga terusirnya penjajah dari tanah air kita”, Kata Yang DiPertua PAS, Mohd Azhar Mohd Rafiei ketika sesi pelepasan langkah merdeka pagi tersebut.

Ujarnya lagi, kemerdekaan bukan sekadar fizikal dan lahiriah semata (malah) rohani dan minda juga turut perlu merdeka dan bebas dari anasir negatif yang boleh merosakkan.

“Umat Islam perlu bersatu mengekalkan keharmonian bersama masyarakat majmuk berbilang bangsa di Malaysia serta terus berdoa untuk rakyat Palestin yang bergelut dengan kehidupan akibat peperangan yang belum berakhir,” tambahnya.

Di samping, melengkapkan 10 Ribu Langkah merdeka, setiap muslimat dibekalkan dengan bendera kecil dan ‘pamplet’ merdeka sebagai pemberian kepada masyarakat sekitar.

Turut hadir, Timbalan Yang DiPertua PAS, Rostam Malek, Ketua Muslimat, Robi’aton Mohd Abas serta ahli jawatankuasa yang lain.