IPOH
YB Tuan Haji Razman Zakaria melalui Pegawai Khas YB, Ustaz Ahmad Faisal Mohd Puait merasmikan Majlis Pelancaran Pertubuhan Dhuafa Sejahtera dan Kempen Dariku Untukmu di Pentas Utama, Karnival My Event, Jualan Lelong Utara, Tapak Parking Mydin Mall, Meru Raya Ipoh Perak hari ini.
Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Datuk Ustaz Kazim Elias yang memberikan tazkirah sebelum majlis perasmian.
Kepentingan NGO dan Masyarakat Sivil sangat penting bagi menyelesaikan permasalahan masyarakat dan menjadi orang pertengahan antara rakyat dan kerajaan.