Home Artikel PAS Selangor

MENYOKONG PENUH TITAH TUANKU SULTAN SELANGOR,SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH MENOLAK FAHAMAN LIBERALISME

52 views
SHARE

KENYATAAN MEDIA (10)

DEWAN ULAMAK PAS NEGERI SELANGOR

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

MENYOKONG PENUH TITAH TUANKU SULTAN SELANGOR,SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH MENOLAK FAHAMAN LIBERALISME

1.Dewan Ulama PAS Negeri Selangor (DUPNS) menyokong penuh titah SULTAN Sharafuddin Idris Shah yang menzahirkan rasa dukacita baginda terhadap tuntutan golongan liberal, yang turut mendapat sokongan daripada segelintir pemimpin beragama Islam, sedangkan pemikiran liberal ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam sebenar di Program Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah Tahun 2018, Seminar Pemikiran Liberalisme dan Pluralisme Ancaman Terhadap Akidah dan Majlis Pelancaran Buku Fatwa Warta Kerajaan Negeri Selangor : Fatwa Ajaran Sesat dan Fatwa Syariah dan Sosial di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Shah Alam, hari ini.

2. DUPNS sangat berkeyakinan bahawa pemikiran itu jika tidak dibendung secara serius, ia akan menjadi satu jalan memudahkan musuh Islam menghancurkan agama Islam di negara ini selain dikhuatiri Allah SWT akan menurunkan malapetaka kepada semua.

3. Sehubungan dengan itu DUPNS mencadangkan agar pihak Majlis Agama Islam (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dapat:
3.1 Mengambil tindakan proaktif melalui dialog dan menerusi saluran undang-undang bagi menghalang penularan ideologi sesat seperti liberalisme, pluralisme, syiah dan sebagainya.
3.2 Memantapkan tindakan penguatkuasaan terhadap semua pihak yang didapati cuba menyebarkan sebarang bentuk fahaman yang bertentangan dengan ajaran Islam atau yang telah difatwakan sesat dan menyeleweng.
3.3 Merancang program kesedaran dan pengukuhan akidah yang lebih serius berkenaan ancaman terhadap akidah umat Islam bermula dari peringkat sekolah, surau dan masjid di seluruh Selangor.

4.Akhirnya DUPNS berharap agar seluruh rakyat Selangor khususnya dapat sama-sama menggembleng tenaga, pemikiran dan usaha yang bersepadu bersama-sama Tuanku Baginda sebagai Ketua Agama demi mempertahankan negeri Selangor daripada anasir-anasir yang boleh menggugat agama, bangsa dan tanah air yang tercinta.

“ISLAM MEMIMPIN”

‎والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ketua,
Dewan Ulama PAS Negeri Selangor
Ustaz Rizuan Rahmat
05 Rabiu’ Awal 1440/13 November 2018

https://www.facebook.com/ulamakpasselangor

https://twitter.com/my_dupns?s=08

https://instagram.com/dupns?utm_source=ig_profile_share&igshid=1bzkjt2jvmlus

Sumber :
1.https://www.hmetro.com.my/utama/2018/11/394813/sultan-selangor-dukacita-fahaman-liberal-berleluasa

2.http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sultan-selangor-dukacita-ada-pemimpin-islam-sokong-liberal-1.786357