
BAGAN SERAI – Sebelum memulakan program di Pejabat Penghulu Mukim Semanggol, YB Tuan Haji Razman Zakaria sempat singgah ke pasar Selasa pekan Semanggol.

YB menyantuni peniaga-peniaga dan pengunjung yang menjalankan urus niaga sambil menyelami permasalahan mereka terutama dalam situasi pandemic covid-19 hari ini.

Hasil maklum balas didapati keadaan ini sedikit menjejaskan perniagaan namun dalam sudut-sudut tertentu terdapat peluang-peluang baru yang boleh diteroka seperti perniagaan dalam talian dan perkhidmatan penghantaran terus ke rumah.






