Home Berita PAS Wilayah

Menteri BN Diseru Amal BPMS

903
SHARE

SETIAWANGSA, 18 April – Yang Dipertua PAS Setiawangsa, Abd Halim Hassan diiringi pimpinan PAS Setiawangsa telah membuat laporan polis terhadap DS Tengku Adnan Tengku Mansur berhubung laporan portal Malaysiakini yang bertarikh 14 April 2018 yang bertajuk “Ku Nan Dakwa Petugas PAS Ambil Pil Kuda” di Balai Polis Wangsa Maju, disini semalam.

Ucapan beliau dipetik oleh portal tersebut menggambarkan ahli Pas tidak bermoral dan berakhlak keji semasa kempen PRU-13 yang lepas dimana Calon PAS, Husam Musa menentang Calon BN, DS Tengku Adnan Tengku Mansur di P125 Putrajaya.

Pihak kami nyata melihat ucapan beliau itu terkandung fitnah semata mata tanpa bukti dan asas yang kukuh dan menyerahkan pihak polis menjalankan siasatan bebas dan adil serta membersihkan Ahli PAS dari tohmahan tersebut.

Untuk pengetahuan semua, sebahagian jentera ahli PAS Kawasan Setiawangsa turut membantu kempen di Parlimen Putrajaya pda PRU yang lepas dan sepanjang tempoh tersebut seluruh jentera PAS di sana berusaha bersungguh sungguh memenangkan PAS tanpa mengenal penat dan lelah. Bahkan ada dikalangan petugas yang mengambil cuti semata mata ingin membantu jentera sepenuh masa. Maka tidak timbul soal ada petugas tidak berehat, tidak tidur dan sebagainya’, ujar beliau.

PAS Kawasan Setiawangsa berharap semua parti politik yang bertanding dapat mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera sepanjang tempoh berkempen sehingga hari buang undi. Perbezaan ideologi politik tidak sewajarnya menyebabkan fitnah berleluasa dan politik kotor diamalkan.

Turut serta Naib Yang DiPertua PAS Setiawangsa , Idris Yaacob dan Ketua Pemuda PAS Setiawangsa, Ustaz Ubaid Abd Akla.

-Lujnah Penerangan PAS Setiawangsa –