Oleh : Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
‘Bagi setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah’.
(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
- COVID-19 kembali menggegarkan Malaysia apabila pertambahan angka jangkitan semakin meningkat dari hari ke hari malah mencatatkan angka yang lebih tinggi berbanding ketika awal perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 18 Mac 2020 lalu.
- Rakyat mula gusar menghadapi kemungkinan terpaksa melalui satu lagi fasa Perintah Kawalan Pergerakan yang sememangnya telah memberi begitu banyak impak besar ke atas aturan kehidupan. Kegiatan ekonomi terjejas, anak-anak tidak dapat ke sekolah untuk menuntut ilmu malah kehidupan tidak lagi terasa sebebas kebiasaannya.
- Justeru Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah supaya seluruh rakyat Malaysia berganding bahu berusaha membendung penularan wabak COVID-19.
- Rakyat Malaysia harus memainkan peranan masing-masing dalam memutuskan rantaian wabak COVID-19. Kealpaan dan sikap sambil lewa hanya akan menjejaskan usaha Kementerian Kesihatan Malaysia memerangi COVID-19 secara keseluruhannya.
- Ayuh rakyat Malaysia mainkan peranan kita sebaik mungkin dalam menerapkan nilai tanggungjawab peribadi dan keluarga, penjagaan kesihatan dan kebersihan diri mesti menjadi keutamaan dan mesti diamalkan sebaik mungkin. Teruskan rutin harian seperti biasa tetapi dengan sikap berjaga-jaga
“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”
Ustazah Hjh. Wan Hasrina Bt Wan Hassan
Ketua,
Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor