Home Berita PAS Perak

Menjunjung kasih keprihatinan Sultan Perak atas bantuan khas RM14.6 juta sempena PKP 3.0

188
SHARE

PAS Perak menjunjung kasih tidak terhingga kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-marhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah Al-Maghfurlah atas sifat kasih sayang, keprihatinan dan kecaknaan Baginda dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat di negeri ini yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Sesungguhnya, segala bantuan yang disalurkan oleh Baginda adalah sangat bertepatan dengan situasi semasa dan PAS Perak menyatakan sepenuh kepercayaan bahawa sumbangan ini pastinya dapat membantu rakyat yang terkesan dengan ujian ini pada masa sekarang. Bagi pihak PAS Perak kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Dipertua MAIPk, Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini tentang langkah baginda adalah sangat tepat pada waktunya.

Dengan peruntukan bernilai RM14.6 juta secara keseluruhannya melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), pelbagai aspek turut diambil kira yang mencakupi Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup, Tajaan Peralatan Kesihatan dan Perubatan, Sumbangan untuk Petugas Barisan Hadapan COVID-19 dan lain-lain bantuan disalurkan kepada rakyat yang terjejas sangat holistik dan menyeluruh.

Keprihatinan Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak khususnya dalam menjaga kebajikan rakyat merupakan satu tindakan terpuji dan menjadi sebaik-sebaik ikutan untuk diteladani dan bersama-sama menggembleng tenaga demi memastikan kebajikan rakyat diutamakan serta memutuskan rantaian COVID-19.

Menjunjung Kasih Tuanku

Yb Tuan Hj Razman Zakaria
(Pesuruhjaya PAS Negeri Perak)